SIBU: Seorang suri rumah memohon jasa baik orang ramai membantu mengesan anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.
Lily Jalang, 40, mendakwa anak perempuannya dikenali Agatha Dari Jereman, berusia 15 tahun.
Agatha didakwa keluar dari rumah mereka di Sibu Jaya sekitar jam 10 malam.
Sekitar jam 5.30 pagi, Lily menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa dirinya anggota polis.
Lelaki terbabit turut memperkenalkan dirinya sebagai Shukri, mendakwa anak perempuan mangsa sedang dalam tahanan polis di Balai Polis Sibu Jaya.
Sebelum memutuskan perbualan, Shukri meminta Lily dan ahli keluarganya jangan datang ke Balai Polis Sibu Jaya kerana bimbang berlaku masalah lebih besar.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Lily kemudian menghubungi semula nombor telefom bimbit tersebut yang juga milik Agatha.
Namun, usaha berbual dengan Agatha tidak berhasil.
Satu laporan polis dibuat mengenai perkara itu dan siasatan sedang dilakukan.
Utusan Borneo 3 Nov 2015
Betul ke lepas vaksin Covid 19, ramai dapat Anxiety ?
-
Teringat kenangan PKP... selepas ambil vaksin pertama , ramai pakat pakat
singgah ke Aeon , beli air kopi viral ! Maklumlah , dapat keluar rumah masa
tu...
21 hours ago
0 comments:
Post a Comment