November 25, 2015

Lelaki ugut terjun tingkat 15 panggil bomba

ANGGOTA bomba memujuk lelaki yang ugut untuk membunuh diri. FOTO Rasul Azli Samad

Melaka: Sepasukan anggota bomba berjaya memujuk lelaki yang mengugut untuk membunuh diri di kondominium di Banda Hilir, di sini, 12 tengah malam tadi.

Lelaki berusia 58 tahun berkenaan memanjat tingkap koridor di tingkat 15 kondominium itu sebelum mengugut untuk terjun dari bangunan itu.

Ketua Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.03 tengah malam sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua pegawai dan 13 anggota.

"Panggilan dibuat oleh lelaki berkenaan sendiri yang mengatakan dia mahu membunuh diri dan apabila sampai kami melihat dia sudah berada di tepi tingkap.

"Dia dipercayai mengalami tekanan dalam masalah rumah tangga dan selepas hampir tiga jam memujuknya bersama dengan isteri lelaki itu akhirnya berjaya ditenangkan," katanya.

myMetro 25 November 2015


0 comments:

Post a Comment