November 22, 2015

Lelaki terbunuh kereta bertembung lori lima tan


REMUK: Keadaan kereta mangsa selepas kemalangan tersebut semalam.

KUCHING: Seorang lelaki terbunuh selepas kereta dipandunya berlanggar sebuah lori di Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, dekat sini semalam.

Mangsa ialah Clement Kho Ngap Hung berusia 30 tahun dan berasal dari Main Bazaar Kuching.

Menurut sumber, kereta jenis Daihatsu Charade dipandu mangsa berlanggar sebuah lori muatan lima tan menyebabkan kereta mangsa remuk di bahagian hadapan.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Utusan Borneo 20 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment