November 26, 2015

Lelaki ditemui mati dalam satu rompakan di Selangau

SIBU: Seorang lelaki ditemui mati selepas tangan kirinya hampir putus ditetak dalam satu rompakan di Selangau, 76 kilometer dari sini dua hari lalu.

Mangsa dikenali Yak Bee Ming, 52, berada di hadapan sebuah ladang ternakan ayam sekitar jam 8.30 malam Sabtu lalu apabila berdepan dengan beberapa suspek sebelum satu pergelutan tercetus.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi memberitahu bahawa pihaknya yang dimaklumkan orang awam sekitar jam 10.30 malam bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Katanya mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.10 pagi oleh seorang doktor dari Klinik Kesihatan Selangau.

“Mangsa dipercayai membawa wang tunai berjumlah antara RM3,000 hingga RM4,000 ketika insiden itu berlaku namun motif insiden belum dapat dipastikan,” katanya.

Katanya suspek-suspek dipercayai menggunakan objek tajam menetak tangan kiri mangsa yang hampir putus.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu.

Utusan Borneo 24 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment