November 17, 2015

Lelaki ditemui lemas

MANGSA ditemui terdampar oleh orang awam di Pengkalan Haram di tepi Sungai Golok. FOTO ihsan pembaca

Rantau Panjang: Lelaki berusia 33 tahun ditemui lemas di Pengkalan Haram Sungai Golok, di sini, 2.55 petang tadi.

Mangsa, Mohd Fairol Fauzi ditemui terdampar di tepi sungai berkenaan selepas hilang tiga hari lalu.

Sebelum kejadian Sabtu lalu mangsa berkunjung ke negara jiran tetapi tidak pulang ke rumahnya di Kampung Jakar, Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas Ahad lalu.

"Hasil pencarian, mangsa ditemui lemas di Sungai Golok dan mayatnya dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga," katanya kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 16 November 2015


0 comments:

Post a Comment