November 9, 2015

Kerusi 'syurga'

WARTAWAN (kanan) menemubual gelandangan di Jalan Masjid India.

Kuala Lumpur: “Setiap satu kerusi panjang ini sudah ditempah ‘pelanggan’. Setiap malam kami akan tidur di sini berbekalkan selimut dan ubat nyamuk,” kata seorang gelandangan warga emas, M Bala, 60, yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Menurutnya, deretan puluhan kerusi besi di hadapan pusat beli-belah di Jalan Masjid India di kawasan itu, dianggap ‘syurga’ bagi golongan tidak berumah sepertinya.

“Saya bukan minta wang. Saya cuma mahu katil untuk tidur malam dan ubat sakit,” katanya.

Menurutnya, dia yang mengidap kencing manis tidak lagi mampu bekerja selepas diberhentikan majikannya.

“Dulu saya dapat gaji RM800 sebulan. Saya tidak perlu risau soal membeli rumah kerana majikan menyediakan asrama untuk kakitangan syarikat.

myMetro 9 November 2015



0 comments:

Post a Comment