November 11, 2015

Kembara misteri

GAMBAR kehilangan Sulaiman yang viral di medium sosial.

Klang: Hilang di Meru di sini, sebelum ditemui di Bagan Datoh, Perak. Itu perjalanan seorang warga emas selepas dilaporkan hilang sejurus keluar bersarapan dari rumahnya di Jalan Jambu, Meru, Jumaat lalu.

Tanpa sedar, warga emas, Sulaiman @ Haron Rais, 80, sudah menempuh perjalanan kira-kira 150 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang dengan menunggang motosikal.

Sulaiman ditemui dalam keadaan lemah oleh seorang pemandu lori yang terserempak dengannya selepas terjatuh dari motosikal di Sungai Nipah, Bagan Datoh, jam 12 tengah hari kelmarin.

Anaknya, Wahab Haron, 48, berkata, seperti biasa, bapanya keluar dari rumah untuk ke gerai makan berhampiran sebelum pulang selepas selesai bersarapan.

“Kehilangan bapa disedari ahli keluarga jam 2 petang selepas dia masih tidak pulang ke rumah selain tidak kelihatan di kawasan sekitar. Ahli keluarga kemudiannya berusaha mencarinya di sekitar Meru dan tempat yang sering dikunjunginya namun gagal menemuinya.

myMetro 11 November 2015

0 comments:

Post a Comment