November 5, 2015

Kekanda Tuanku Halim mangkat

Almarhum Tunku Hamidah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Kekanda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Datuk Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Almarhum Tunku Hamidah, 90, mangkat kira-kira pukul 11.50 pagi setelah ge­ring kerana sakit tua.

Pengelola Bijaya Diraja merangkap Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, jenazah Almarhum Tunku Hamidah disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini dan disemayamkan sebagai penghormatan terakhir di dewan yang sama bermula pada pukul 3 petang hingga 7 petang semalam.

“Jenazah Almarhum Tunku Hamidah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 10 pagi esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo 5 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment