November 15, 2015

Kejar 40km

Sungai Petani: Kegiatan licik dua lelaki mencuri kabel telefon berakhir apabila seorang daripada mereka berjaya ditahan anggota polis peronda selepas dikejar sejauh 40 kilometer di Kampung Pinang Tunggal di sini, kelmarin.

Sebelum itu, sebuah kenderaan MPV yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah Proton Wira sebelum melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan dipercayai menarik kabel telefon di Taman Bunga Raya di sini, kira-kira jam 6 pagi.

Berikutan itu, anggota terbabit cuba menghampiri untuk pemeriksaan, namun kedua-dua lelaki terbabit yang terkejut bergegas berlari memasuki kereta lalu memecut laju dalam keadaan berbahaya.

Sumber berkata, anggota terbabit kemudian mengejar kereta dinaiki dua lelaki itu menuju ke arah Jalan Sungai Layar sebelum diarah berhenti menggunakan pembesar suara, namun pemandunya enggan dan terus memecut laju.

Menurutnya, anggotanya terus mengejar kereta dinaiki suspek yang kemudian memasuki Jalan Lencongan Barat dan menuju Jalan Bakar Arang di sini.

myMetro 15 November 2015

0 comments:

Post a Comment