November 18, 2015

Kakitangan TM terperangkap

LALUAN keluar masuk ke puncak Gunung Telapak Buruk ditimbusi tanah runtuh dan pokok tumbang. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Beberapa kakitangan Telekom Malaysia (TM) terperangkap berikutan kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh hingga menutup laluan ke pencawang di Gunung Telapak Buruk, sempadan Jelebu-Seremban, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar 6 petang berikutan hujan lebat menyebabkan beberapa pekerja tidak dapat keluar melalui jalan berkenaan.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Shahrul Nizam Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 malam sebelum menggerakan anggota ke lokasi.

Beliau berkata, pada mulanya, bomba menyangka ada mangsa terperangkap dalam runtuhan itu sebaliknya ia membabitkan pokok tumbang dan tanah runtuh hingga menutup laluan terbabit.

"Ini menyebabkan pekerja TM tidak dapat keluar masuk ke puncak gunung terbabit. Maklumat awal diterima terdapat beberapa pekerja di puncak gunung namun jumlahnya belum dapat dipastikan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Berikutan itu, kerja pembersihan laluan akan dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Seremban bermula esok.

"Buat masa sekarang, operasi giat dijalankan bagi membantu pekerja TM," katanya.

myMetro 17 November 2015


0 comments:

Post a Comment