November 11, 2015

Kakak saksi adik maut depan mata sendiri


TUMPAT – Seorang kakak tidak dapat menahan sebak melihat mayat adiknya yang terbaring kaku di sisi selepas motosikal yang dinaiki bersama seorang lagi adiknya melanggar belakang lori rosak dalam kemalangan di kampung Kok Keli kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, penunggang motosikal berkenaan, Siti Norzakirah Murad, 16, (gambar) maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Kakak sulungnya, Siti Nor Diana, 22, pula cedera pada kepala dan adik bongsu mereka berusia tiga tahun, Siti Nur Aina luka pada kaki.

Siti Nor Diana berkata, kemalangan itu berlaku ketika dia bersama dua adiknya keluar membeli burger untuk nenek mereka.

“Arwah yang bawa motosikal itu, saya de­ngan adik bongsu membonceng di belakang.

“Saya pesan burger itu, sambil tunggu siap dimasak, kami ronda-ronda dahulu di kawasan sekitar,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kosmo 11 Nov 2015


Bakti terakhir cucu

Tumpat: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki bersama kakak dan adiknya merempuh lori rosak yang diparkir di tepi jalan di Kampung Kok Keli 1, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa, Siti Norzakirah Murad, 16, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Kakaknya, Siti Nordiana, 22, dan adiknya, Siti Nur Aina, 3, hanya cedera ringan.

Mayat Siti Norzakirah kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli 2, semalam.

Ibu mangsa, Aini Abdul Rahman, 46, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli 2 berkata, anak ketiganya keluar bersama dua beradiknya kerana ingin membeli burger yang dikirim neneknya.

“Saya difahamkan dia tiba di kedai burger dan memesan terlebih dahulu sebelum meronda dengan motosikal sementara menunggu burger siap.

“Bagaimanapun, dalam perjalanan semula ke kedai burger itu, motosikal yang ditunggangnya merempuh lori yang rosak di tepi jalan,” katanya.

myMetro 11 November 2015


0 comments:

Post a Comment