November 12, 2015

Jumpa mayat mulut berbuih

Klang: Lelaki dan wanita warga asing ditemui mati dengan mulut berbuih dalam bilik hotel di Klang Sentral, di sini, petang semalam.

Kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pasangan kekasih ditemui tidak sedarkan diri kira-kira 1 petang.

Sumber berkata, mereka ditemui di dalam bilik berkenaan oleh pekerja hotel yang membuat pemeriksaan selepas mereka tidak mendaftar keluar pada hari kejadian.

Katanya, lelaki warga Nepal berusia 34 tahun ditemui lengkap berpakaian di dalam bilik air manakala wanita warga Bangladesh berusia 32 tahun ditemui di atas katil.

"Polis masih menyiasat motif kejadian kerana keadaan pintu bilik berada dalam keadaan baik selain tidak terdapat sebarang kecederaan pada tubuh mangsa.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro 11 November 2015

0 comments:

Post a Comment