November 25, 2015

Isteri maut digilis depan mata

Hun CHENG menangis di sebelah mayat isterinya, Kim Hiang yang digilis dan diseret sebuah treler kontena di persimpangan lampu isyarat di Batu Uban, Jalan Sultan Azlan Shah, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Seorang suami melalui pengalaman ngeri apabila melihat isterinya maut digilis dan diseret de­ngan sebuah treler kontena sejauh 50 meter ke hadapan dari persimpangan lampu isyarat di Batu Uban, Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mayat, Ching Kim Hiang, 72, ditemui tertiarap di bawah kenderaan berat terbabit dalam keadaan muka dan badan cedera parah manakala kaki kanannya hancur akibat digilis.

Bagaimanapun, suaminya, Yeap Hun Cheng @ Yap Hun Cheng, 78, yang me­nunggang motosikal jenis Honda EX5 hanya mengalami kecederaan pada muka, tangan dan kaki.

Sebelum insiden berlaku, lori kontena yang dipandu seorang lelaki ber­umur 35 tahun termasuk motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan menghala ke Bayan Lepas dari arah Gelugor.

Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Tan Boon Hooi berkata, siasatan awal mendapati, lori kontena terbabit dikatakan telah bergesel dengan motosikal mangsa sejurus tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa bersama motosikal yang dinaiki mereka terjatuh ke atas jalan sebelum diseret lori kontena berkenaan sejauh hampir 50 meter.

“Dalam kemalangan tersebut, pembonceng wanita disahkan mati di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan. Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini.

Kosmo 25 Nov 2015


Warga emas maut diseret lori

WANITA maut digilis dan diseret lori. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Wanita warga emas maut apabila digilis dan diseret lori hampir 50 meter dalam kemalangan di Jalan Batu Uban, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa Ching Kim Hiang, 73, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya maut di lokasi kejadian.

Jurucakap trafik berkata, siasatan mendapati suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Relau.

"Siasatan awal mendapati motosikal terbabit terjatuh bawah lori berkenaan membuatkan mangsa diseret.

"Suami mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan di kaki dan badan," katanya.

myMetro 24 November 2015


0 comments:

Post a Comment