November 26, 2015

Dua tentera kantoi

KERETA yang diubah suai untuk menyeludup minyak subsidi.

Kuala Lumpur: Tindakan dua anggota tentera berpangkat koperal dan lans koperal berulang-alik sebanyak empat kali ke sebuah kem tentera, di sini, kelmarin, untuk mengisi petrol membongkarkan kegiatan mereka memindahkan minyak subsidi secara haram.

Taktik mereka dihidu Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ) Tentera Darat Malaysia selepas melakukan pemerhatian selama enam jam ke atas sebuah Proton Pesona.

Menurut sumber, dua anggota tentera berkenaan dikatakan berulang-alik dan membuat pengisian minyak sebelum ditahan anggota CSJ.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pada jam 3.30 petang mendapati anggota tentera terbabit mengubahsuai kereta dengan memasang tong khas bagi membolehkan minyak disimpan.

“Soal siasat mendapati mereka melakukan kerja pemindahan minyak di sebuah bengkel di Hulu Kelang, di sini,” katanya.

myMetro 26 November 2015


0 comments:

Post a Comment