November 30, 2015

Dua rakan maut

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Kuala Lumpur: Dua lelaki maut apabila lori membawa muatan simen yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan 5 Chan Sow Lin, di sini, 2.45 pagi ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata mangsa masing-masing berusia 31 dan 27 tahun maut di tempat kejadian.

"Seorang daripada mangsa maut selepas tercampak keluar daripada lori manakala rakannya meninggal dunia akibat tersepit di tempat duduk," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


myMetro 28 November 2015



0 comments:

Post a Comment