November 28, 2015

Bos Geng 18, 21 diberkas

Port Dickson: Ketua Geng 18 dan Geng 21 yang disyaki mendalangi beberapa kegiatan jenayah seperti kekerasan, bunuh, ugutan, kutipan wang perlindungan dan gengsterism tumpas, kelmarin.

Difahamkan, Ketua Geng 18 dikenali sebagai Ramoo berusia 40 tahun manakala Ketua Geng 21 dikenali Abang Lukut berusia 51 tahun ditahan bersama enam ahli mereka oleh sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman di sini, dalam serbuan antara jam 7 malam hingga 6 pagi.

Dua kumpulan terbabit dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah sejak setahun lalu di sekitar Port Dickson dengan menyasarkan premis perniagaan dan pengusaha pusat hiburan serta judi untuk meraih pendapatan mudah.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata, serbuan Op Cantas diketuai Ketua Unit Pencegahan Kongsi Gelap Deputi Superintendan Shan Gopal bersama anggota adalah hasil maklumat awam dan risikan.

myMetro 28 November 2015

0 comments:

Post a Comment