November 12, 2015

Bas hangus dekat sekolah

ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran bas. FOTO ihsan Bomba

Petaling Jaya: Bas Rapid KL yang membawa kira-kira 20 penumpang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Tropicana Selatan, Damansara, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, bas yang dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke Taman Sri Mayang terbabit terbakar secara tiba-tiba berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana Selatan.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara, Pegawai Kanan II Mustadar Silong berkata, pemandu dan penumpang bas berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Katanya, bomba mengambil masa 17 minit untuk memadamkan kebakaran terbabit.

"Bertindak atas maklumat awam, pihak bomba bersama tujuh anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian dan api dipadamkan sepenuhnya pada 7.47 pagi.

"Kejadian tidak membabitkan mangsa kerana pemandu sempat memberhentikan bas dan mengarahkan penumpang untuk keluar menyelamatkan diri.

"Bas terbabit terbakar sepenuhnya dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

myMetro 11 November 2015


0 comments:

Post a Comment