November 25, 2015

Banjir kilat di Lawas

BANJIR kilat di kawasan perumahan di sekitar Lawas. FOTO ihsan JPAM

Lawas: Hujan lebat kira-kira dua jam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar ini dilanda banjir kilat.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas berkata, beberapa kawasan terbabit termasuklah Kampung Temanggis, SK Pusat Lawas serta kawasan perumahan kerajaan Lawas Batu I dan II.

Katanya, keadaan itu biasa berlaku ketika hujan lebat berikutan sistem perparitan yang kurang sempurna.

"Hujan lebat bermula kira-kira 3 petang itu menyebabkan penduduk mula bimbang apabila air naik mendadak kemudian menghubungi talian kecemasan memaklumkan keadaan itu.

"Banjir kilat itu berlaku akibat limpahan air longkang sahaja dan ia hanya berlaku dalam tempoh kurang sejam. Tiada pemindahan penduduk dilakukan kerana air sudah surut," katanya.

Katanya, sehingga 6 petang tadi, air di dua sungai utama iaitu Sungai Lawas dan Singai Trusan juga stabil manakala hujan pula sudah berhenti.

"Pemantauan akan terus dijalankan membabitkan beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berikutan hujan lebat yang kerap berlaku sejak beberapa hari lalu," katanya.

myMetro 24 November 2015



0 comments:

Post a Comment