November 24, 2015

Badan dua anak dicucuh rokok

KESAN parut pada tangan mangsa yang dipercayai didera.

Miri: Seorang ibu membuat laporan polis selepas percaya dua daripada tiga anaknya, termasuk seorang bayi didera selepas menemui kesan parut akibat dicucuh dengan puntung rokok pada badan mereka dalam kejadian di Bekenu di sini, kelmarin.

Difahamkan, ibu mangsa berusia 29 tahun mengambil anaknya yang dalam jagaan suami pada 17 Oktober lalu di Tanjung Batu di sini, dan menyedari mereka didera selepas melihat kesan parut pada dada dan tangan anaknya itu sebelum membuat laporan polis kelmarin.

Sumber berkata, dua anak mangsa yang didera itu ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan bayi lelaki berusia tujuh bulan.

Menurutnya, ibu mangsa turut mendedahkan anak perempuannya berusia enam tahun didera secara mental apabila rambutnya dipotong pendek, selain dipercayai turut dipukul.

“Bagaimanapun, ibu mangsa tidak pasti siapa yang melakukan perbuatan dera itu dan berharap suaminya bertanggungjawab terhadap kecuaian itu.

myMetro Selasa, 24 November 2015



0 comments:

Post a Comment