November 26, 2015

6 jam air pasang besar

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPM) membantu Norapiah Kamaruddin, 38, bersama anaknya berpindah ke pusat pemindahan di Dewan Orang ramai Kampung Asahan, Kuala Selangor.

Kuala Selangor: Walaupun gelombang kedua banjir di daerah ini tidak berlaku seperti diramal, namun fenomena air pasang besar terjadi enam jam bermula jam 11 pagi semalam.

Fenomena air pasang itu menyebabkan beberapa kawasan rendah terutamanya di pesisir pantai dinaiki air namun kembali surut tidak lama selepas itu.

Pegawai Daerah Kuala Selangor merangkap Pengerusi Bencana Daerah Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, air pasang besar tidak menyebabkan banjir kerana air laut kembali surut dalam tempoh singkat.

Katanya, setakat ini tiada sebarang pemindahan dan pertambahan mangsa berlaku di daerah ini.

“Walaupun fenomena air pasang besar pada hari ini (semalam) tidak teruk, kami sentiasa bersedia sekiranya keadaan berlaku sebaliknya,” katanya.

myMetro 26 November 2015



0 comments:

Post a Comment