November 9, 2015

45 minit gerudi peti RM10,000

RAKAMAN CCTV menunjukkan peti besi ditebuk tiga lelaki yang menutup muka dengan kain.

Segamat: Enam mata alat gerudi dan tempoh masa 45 minit diperlukan tiga penjenayah untuk melarikan RM10,000 disimpan di dalam peti besi milik pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Segamat Tengah, di Jalan Genuang, di sini.

Pengurus PPK Segamat Tengah, Abdullah Wahab berkata, kejadian itu disedari beberapa kakitangannya ketika datang bertugas kira-kira jam 8 pagi semalam, selepas mendapati tingkap di bahagian belakang pejabat diumpil.

Katanya, pemeriksaan mendapati bilik menempatkan peti besi dipecah selain pintu peti keselamatan itu dalam keadaan terbuka.

“Kakitangan kemudian memaklum kejadian berkenaan kepada pegawai atasan sebelum mereka meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di bangunan itu.

“Dalam rakaman berdurasi 60 minit, kelihatan tiga lelaki bertopeng menceroboh masuk ke kawasan pejabat ini,” katanya.

myMetro 9 November 2015



0 comments:

Post a Comment