November 7, 2015

31 maut demam denggi di KL

Kuala Lumpur: Sebanyak 6,726 kes demam denggi dengan 31 kematian direkodkan di Kuala Lumpur setakat 31 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Hayati Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 18.14 peratus bagi tempoh sama iaitu 5,693 kes pada Oktober tahun lalu.

"Faktor cuaca kini membimbangkan kita berikutan keadaan panas dan hujan yang melanda kini boleh meningkatkan jangkitan wabak ini sekiranya persekitaran rumah penduduk tidak bersih," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Anti Denggi DBKL bersama pengusaha stesen minyak Shell kawasan tengah di sini, hari ini.

Dr Hayati berkata, kerjasama pengusaha stesen minyak dalam membantu menyebarkan kefahaman mengenai pencegahan wabak Denggi amat digalakkan.

"Kini, stesen minyak menjadi pusat tumpuan masyarakat setempat setiap hari, jadi penyebaran risalah, penjualan alat mencegah denggi lebih mudah disebarkan kepada mereka," katanya.

myMetro 6 November 2015

0 comments:

Post a Comment