October 29, 2015

Selam terus hilang

Segaliud: Seorang pekerja ladang kelapa sawit dipercayai maut dibaham buaya ketika mencari lokan di Sungai Lung Payau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikenali Zainal Lulung, 45, sedang menyelam di sekitar sungai itu untuk mencari lokan sebelum disambar sang bedal yang mengheret ke dasar sungai.

Difahamkan, kejadian itu disedari anak lelaki mangsa berusia 20-an yang turut bersama ayahnya mencari lokan di sungai berkenaan.

Menurut sumber, anak mangsa terkejut melihat ayahnya timbul di permukaan sungai dan ‘bertarung’ dengan sesuatu dipercayai buaya dan dia cuba membantu, namun gagal.

“Ketika kejadian, anak mangsa di tebing sungai dan menyedari ayahnya diserang buaya selepas melihat mangsa seperti bertarung dengan haiwan ganas itu.

myMetro 29 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment