October 29, 2015

Peguam lemas selepas temui pelanggan

Port Dickson: “Saya menasihati Ravi tidak mandi bersendirian kerana bimbangkan keselamatannya. Tidak lama kemudian, kelibatnya hilang daripada pandangan,” kata G Mala, 45, kakak ipar peguam, M Ravi, 43, yang lemas di Pantai Port Dickson, dekat Batu 5, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 2 petang ketika mangsa mandi berseorangan di pantai berkenaan sebaik selesai menemui pelanggan di bandar ini.

“Ravi tidak tahu berenang malah dia mandi berseorangan tanpa menghiraukan teguran saya berikutan air pasang separas dada.

“Saya mendapatkan bantuan pengurusan hotel di kawasan itu sejurus kelibat Ravi hilang. Kira-kira 20 minit kemudian, saya dapati Ravi terdampar di pantai,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Port Dickson.

myMetro 28 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment