October 30, 2015

Panjang nyawa...


RUSMAWATI menunjukkan luka dan calar di badan Nur Aidil selepas dilanggar sebuah kereta pada 25 Oktober lepas.

RAKAMAN video kemalangan itu.

Butterworth: Walaupun tercampak lebih enam meter selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas, seorang murid lelaki hanya calar di badan dan kepala dalam kejadian yang turut dirakam seorang pemandu di Jalan Permatang Pauh di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, murid tahun tiga, Nur Aidil Hakim Mohammad, 9, tidak mengalami kecederaan serius walaupun dirempuh hingga melambung oleh sebuah Toyota Altis dipandu seorang lelaki.

Nur Aidil yang hingga kini takut untuk melihat rakaman kejadian itu berkata, ketika kejadian, dia mahu melintas jalan di depan rumahnya di Flat Ampang Jajar di sini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia tidak nampak kereta yang datang dari arah kiri sebelum terus melintas.

“Ketika berlari, saya tidak nampak apa-apa sebelum terasa badan tercampak atas jalan.

“Dalam keadaan pening, baru saya tahu dilanggar kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

myMetro 29 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment