October 30, 2015

Maut terbabas di LPT2

Yusran meninggal duni di tempat kejadian. FOTO Shamsudin Husin

Chukai: Lelaki maut, manakala rakan wanitanya parah apabila motosikal Yamaha 125Z ditunggang mereka terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke bahagian pembahagi jalan dalam kejadian di KM 271.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Cheneh, pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira 4 pagi itu, Yusran Mohamad dari Pekan Pasir Akar, Jerteh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada sementara rakannya, warga Filipina yang hanya dikenali Margelina, 29, parah di kepala serta kaki.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu sebelum motosikal ditunggang terbabas dan bergesel penghadang jalan.

"Mereka kemudian tercampak ke kawasan pembahagi jalan. Penunggang meninggal dunia di tempat kejadian apabila parah di kepala dan patah tulang dada, manakala pembonceng parah di kepala dan kaki.

"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan wanita berkenaan dirawat di hospital sama. Kejadian berlaku tidak jauh daripada kemalangan maut membabitkan enam sekeluarga 14 Oktober lalu," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 30 Oktober 2015



0 comments:

Post a Comment