October 28, 2015

Maut kereta langgar pokok

Kereta yang terbabit kemalangan dan mengorbankan seorang lelaki. FOTO Rosli Ilham

Kuala Lumpur: Pemandu kereta maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Syed Putra, di sini, 1.15 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu kereta Proton Perdana maut di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.20 pagi sebelum ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua lelaki itu masih belum dikenal pasti.

Difahamkan, mayat mangsa dan rakannya yang parah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur .

myMetro 28 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment