October 29, 2015

Jutawan maut Porsche terbabas

ANGGOTA bomba cuba mengeluarkan Foo Yong yang tersepit di dalam Porsche Macan S miliknya dalam nahas di KM2.4 PLUS di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan terbunuh selepas kenderaan mewah jenis Porsche Macan S yang dipandunya merempuh sebuah motosikal sebelum melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 2.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat susur keluar ke Taman Dato’ Onn di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, mangsa, Lim Foo Yong, 39, yang beralamat di Jalan Molek di sini mati di tempat kejadian akibat cedera parah pada badan dan kepala.

Kemalangan itu turut meragut nyawa penunggang motosikal Yamaha LC, Amerul Fadzly Abdul Rahim, 32, yang berasal dari Kangar, Perlis.

Kosmo 29 Okt 2015


0 comments:

Post a Comment