October 29, 2015

Dua maut, tiga parah

SATU daripada dua kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO Amrullah Abdul Karim

Kuala Kubu Bharu: Dua lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuala Kubu di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi apabila kereta Proton Waja dinaiki lima lelaki dari arah Ipoh dipercayai dilanggar kereta Toyota Hilux dari arah bertentangan.

Kereta Toyota Hilux yang datang dari arah Kuala Lumpur dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Omar Mohd Yatim berkata, bomba menerima panggilan pada 1.23 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Terdapat dua mangsa maut berada dalam kereta iaitu pemandu dan penumpang belakang sebelah kanan.

"Kita berjaya mengeluarkan mangsa daripada kereta yang remuk," katanya.

Menurutnya, tiga penumpang lelaki yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.

Sementara pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan.

myMetro 28 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment