September 16, 2015

Peniaga ayam panggang terbunuh


AHLI keluarga Awang Sulaiman tidak mampu menahan sebak melihat mayat mangsa yang ditutup dengan kain selepas maut dirempuh bas sekolah di Jalan Sultan Tengah, Santubong, Kuching semalam.

KUCHING – Seorang peniaga ayam panggang maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah bas sekolah di Jalan Sultan Tengah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Awang Sulaiman Awang Jolly, 54, yang berasal dari Kampung Rampangi di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Ku­c­hing, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah Santubong ingin membelok ke kanan menghala ke Bandar Baru Semariang sebelum dirempuh sebuah bas dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, mang­sa tercampak kira-kira lima meter manakala motosikalnya terperosok di bawah hadapan bas berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian kerana cedera parah pada kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo 16 Sep 2015

0 comments:

Post a Comment