September 16, 2015

Lori sawit bawa bala

KEADAAN pondok tol selepas dirempuh lori muatan sawit.

Bukit Mertajam: Baru bulan pertama bekerja, seorang jurutol berdepan pengalaman mendebarkan selepas kaunter tempat dia bertugas roboh akibat dirempuh sebuah lori di Plaza Tol Juru arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, Muhamad Suhair Hashim, 20, cedera di kepala serta tangan selepas kaunter tol itu dirempuh lori sarat muatan sawit.

Sumber berkata, kejadian berlaku apabila bahagian kanan lori yang dalam perjalanan ke utara itu bergesel sebelum tersangkut pada kaunter tol berkenaan.

“Berikutan itu, kaunter itu roboh menyebabkan mangsa cedera di kepala dan tangan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

myMetro 16 September 2015

0 comments:

Post a Comment