September 18, 2015

Budak maut tertusuk besi pemijak


Anak panah menunjukkan arah motosikal yang diletakkan di atas lantai simen tumbang dan menghempap Mohammad Aidil di Felda Pasir Besar, Tampin semalam.

TAMPIN – Keriangan dua beradik bermain di luar rumah berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas kepalanya tertusuk besi tempat pemijak motosikal milik bapanya di rumahnya di Felda Pasir Besar dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, Mohammad Aidil Aqasha Azhar, 2, maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss 110 berkenaan menghempapnya manakala abangnya yang berusia empat tahun patah tangan.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa menghampiri motosikal itu yang diletakkan di kawasan permukaan bersimen untuk bermain.

Motosikal yang diletakkan pada ketinggian hampir satu meter itu bagaimanapun dikatakan hilang imbangan lalu terbalik dan menimpa dua beradik tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abas berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan perkara itu mendapati kedua-dua kanak-kanak tersebut sudah tidak sedarkan diri.

Kosmo 18 Sep 2015

0 comments:

Post a Comment