Kuala Pilah: Perjalanan pulang seorang lelaki ke rumahnya berakhir dengan tragedi apabila mayatnya ditemui dalam keadaan tertangkup di tepi jalan apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Dangi–Bahau, semalam.
Bagaimanapun, kejadian menimpa mangsa, M Selvarajan, 30, hanya disedari pengguna jalan raya yang melalui lokasi kejadian dua jam selepas kemalangan berlaku sekitar jam 5 pagi.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR dari Bahau untuk pulang ke rumahnya di Johol.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal lalu terbabas ke kiri jalan.
“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan lebih awal sekitar jam 5 pagi namun polis hanya menerima panggilan orang awam jam 6.40 pagi tadi (semalam).
myMetro 17 Jun 2015
Betul ke lepas vaksin Covid 19, ramai dapat Anxiety ?
-
Teringat kenangan PKP... selepas ambil vaksin pertama , ramai pakat pakat
singgah ke Aeon , beli air kopi viral ! Maklumlah , dapat keluar rumah masa
tu...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment