June 28, 2015

Maut tertembak diri sendiri


SEBERANG PERAI – Seorang pemburu burung maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri semasa cuba menyembunyikan sepucuk senapang di bawah titi di kawasan sawah padi, Kampung Terus, Kubang Semang di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, mangsa, Hamzah Man, 40, sebelum itu dikatakan dalam perjalanan ke kawasan memburu burung di situ bersama seorang lagi rakannya.

Difahamkan, Hamzah yang bekerja sebagai pemandu kren semasa itu turut membawa sepucuk senapang shotgun miliknya jenis Remington 12 bore.

Sumber berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan cuba menyorok senjata api tersebut di bawah titi berkenaan selepas menyedari kelibat orang awam yang melalui jalan terbabit.

Kosmo 19 Jun 2015


Lelaki maut terkena tembakan

Bukit Mertajam: Seorang lelaki maut ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) selepas terkena tembakan di dada dan rusuk kanan.

Difahamkan kejadian berlaku di Kampung Turus, Guar Perahu di sini, 8 malam tadi, sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Jurucakap polis berkata, mangsa Hamzah Man, 40, mengalami kecederaan di rusuk kanan dan dada sebelum dihantar ke HBM oleh orang awam.

"Mangsa yang parah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HBM sebelum pihak hospital menghubungi polis," katanya.

Katanya mangsa berasal dari Sidam Kiri, Padang Serai dan motif kejadian masih disiasat.

myMetro 18 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment