June 28, 2015

Kenderaan bergesel, penunggang lemas

Muar: Seorang penunggang motosikal maut dipercayai akibat lemas, manakala pemandu berjaya diselamatkan apabila kenderaan mereka bergesel sebelum masuk parit, dekat Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap, di sini, 7.00 malam tadi.

Dalam kejadian itu penunggang dikenali Mustapa Talib, 44, dan pemandu warga Indonesia dikenali Murdani, 45, dari arah Muar dan dalam perjalanan ke Jorak sebelum motosikal itu dipercayai cuba memintas kereta berkenaan dari bahagian kiri.

Timbalan Ketua Polis daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati akibat kejadian itu kedua-dua kenderaan itu hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik serta terbabas ke dalam Parit Sharif.

"Pemandu sempat diselamatkan orang ramai dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) manakala penunggang hilang di dalam sungai itu sebelum ditemui pasukan bomba. Mayat mangsa dihantar ke HPSF untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan

1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Shapiee Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.03 malam.

“Apabila tiba, kami dapati pemandu warga Indonesia sudah berada di darat. Kami menjalankan operasi mengesan dan menyelamat penunggang dan menemui mayat mangsa di kawasan berhampiran pada 7.57 malam,” katanya.

myMetro 13 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment