May 26, 2015

Remaja dipaksa jadi alat pemuas nafsu

Kajang: Seorang remaja lelaki yang bersemangat menyertai pertandingan kawad di Penjara Kajang di sini, sebaliknya dipukul hingga retak tulang rusuk selain dijadikan alat pemuas nafsu tiga remaja lain.

Dalam kejadian jam 4.40 petang Rabu lalu, mangsa berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah, menyertai pertandingan kawad anjuran Penjara Kajang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, ketika pertandingan sedang berlangsung mangsa tiba-tiba ditarik tiga peserta lain ke sudut tersembunyi sebelum dipaksa melakukan seks oral.

“Mangsa tidak mampu melawan dan hanya menuruti arahan suspek. Malah salah seorang suspek kemudian turut cuba meliwat mangsa.

“Selepas kejadian itu, mangsa melaporkan perkara dialami kepada warden penjara sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani pemeriksaan, namun doktor mengesahkan tiada kesan kemasukan objek ke dalam dubur mangsa.

“Hasil siasatan, pihak kami menemui kesan air mani suspek dalam kejadian itu. Ketiga-tiga suspek berasal dari Melaka kemudian ditahan dan diarah melakukan kawad cam.

“Pihak kami kini hanya menunggu arahan daripada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ab Rashid berkata, semua suspek berusia antara 17 19 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377 (B) kerana meliwat.

myMetro 26 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment