May 25, 2015

Pemandu lori sampah mati ketika bertugas

MIRI: Seorang pemandu lori sampah disah meninggal dunia ketika sedang melakukan tugas rutin dalam kejadian berlaku di Pusat Komersil Emart, Tudan di sini awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kanta, berusia 59 tahun dan berasal dari Indonesia.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi itu, mangsa serta beberapa rakan setugas melakukan kerja rutin memunggut sampah di kawasan berhampiran gerai panggang babi di Pusat Komersil Emart di sini.

Menurut rakan sekerja mangsa hanya dikenali Suprato, semasa menghidupkan enjin lori sampah dipandunya dan memasukkan gear, mangsa tiba-tiba kejang sebelum pengsan.

Setelah itu, mangsa tidak sedarkan diri dan beberapa rakan ybersamanya kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada majikan mereka.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan doktor mendapati tidak terdapat sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Utusan Borneo 7 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment