May 23, 2015

Mayat wanita disumbat dalam kotak

Anggota polis memeriksa mayat wanita yang disumbat dalam kotak. FOTO Zulaikha Zainuzman

Georgetown: Mayat seorang wanita yang disumbat dalam kotak dan dibuang di kawasan curam ditemui di Puncak Mutiara, Tanjong Tokong, di sini, petang tadi.

Mayat berkenaan ditemui seorang lelaki yang mengutip tin serta botol di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrasah Wahid berkata, lelaki itu kemudian menghubungi polis pada 1 petang tadi.

"Siasatan mendapati mayat terbabit sudah reput dan kemungkinan dibuang sejak 10 hari lalu.

"Kita sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenalpasti identiti mayat dan juga punca kejadian sama ada dibunuh atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

myMetro 23 Mei 2015


Mengaku bunuh rakan tak bayar hutang

Georgetown: Polis menahan wanita warga Indonesia selepas dia didapati membunuh rakan senegaranya sebelum menyumbat mayat mangsa dalam kotak dan membuangnya di Puncak Mutiara, Tanjung Bungah, di sini, 23 Mei lalu.

Wanita berusia 28 tahun itu ditahan Sabtu lalu pada 1.30 petang di tempat kerjanya di Tanjung Bungah dan hasil siasatan dia mengaku membunuh mangsa dengan menghentak kepala rakannya itu ke dinding.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek kemudian membeli kotak dan menyumbat mayat mangsa sebelum meminta bantuan lelaki untuk membuang mayat terbabit di kawasan belukar.

"Suspek juga memberitahu dia berang kerana rakannya itu enggan membayar wang berjumlah RM8,000 yang dipinjamnya sebelum mereka bergaduh dan suspek mengentak kepala mangsa ke dinding hingga menyebabkan dia maut.

"Setakat ini polis juga masih memburu seorang lelaki warga Indonesia yang didapati bersubahat dengan suspek dengan membuang mayat mangsa," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

myMetro 4 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment