May 24, 2015

Maut terjatuh tingkat dua

FOTO Mohd Rizal Abdullah

Miri: Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan Boulevard, Miri, petang tadi.

Kejadian disedari pada 3 petang tadi oleh pekerja binaan bangunan berkenaan sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Jurucakap Polis Daerah Miri berkata, mangsa dipercayai terjatuh mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, siasatan awal juga tidak menemui kesan pelakuan jenayah pada mangsa.

"Bagaimanapun, polis masih sedang melakukan siasatan dan akan mendapatkan laporan doktor bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

"Polis juga sedang mengesan keluarga mangsa berkaitan kejadian itu," katanya.

myMetro 24 Mei 2015


Lelaki ditemui mati, dipercayai jatuh bangunan

MIRI: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas sebatang jalan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di tapak pusat komersial yang sedang dalam pembinaan, di sini petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Shahar Abdullah, 37, warga Brunei telah berkahwin dan mempunyai seorang anak baharu berusia sebulan.

Mayatnya telah ditemui  seorang pekerja buruh binaan di situ pada jam 2 petang semalam dan memaklumkan kepada majikannya sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian memberitahu siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan tidak ada  pergaduhan disedari berlaku di kawasan kejadian ketika itu.

Mangsa dipercayai mengalami masalah mental dan tekanan serta dilapor mengganggu orang awam sebelum ini dan pernah dinasihat oleh polis peronda MPV.

Polis masih lagi melakukan siasatan lanjut dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes kematian mengejut (SDR).

Utusan Borneo 25 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment