May 25, 2015

Lelaki warga tua ditemui mati

SIBU: Seorang lelaki warga tua ditemui mati di rumah pekerja sebuah tapak pembinaan di Jalan Oya Lama, di sini pagi semalam.

Mangsa dikenali Ambuas Jarraw, 62, ditemui mati dalam keadaan terduduk di bilik rumah pekerja oleh seorang rakan sekerjanya jam 2 pagi semalam.

Kali terakhir mangsa dilihat keluar dan masuk biliknya oleh rakan sekerjanya jam 4 petang 10 Mei lalu.

Menurut sumber polis, mangsa dikenal pasti melalui buku bank yang dijumpai di dalam biliknya.

Pegawai Penyisasat Kanan, ASP Suhaimi Muhamad turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Siasatan awal polis mendapati mangsa pernah mengadu mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi kepada rakan sekerjanya.

Menurut rakan sekerjanya, mangsa mempunyai saudara-mara di Sibu Jaya pernah datang menjenguknya sebelum ini.

Setakat ini, polis menglasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Bedah siasat mayat mangsa dijangka dilakukan pada Khamis ini untuk mengenal pasti punca kematian sebenar.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Suprintenden Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan menerima kes tersebut.

Ahli keluarga mangsa diminta mengenal pasti mayat mangsa dan menghubungi Sarjan Ibrahim di talian 016-5252539 atau Balai Polis Sentral (084-0336144).

Utusan Borneo 13 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment