Kuala Lumpur: Seorang pengganggur berusia 39 tahun maut selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh kira-kira jam 9 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul R.Munusamy berkata, mangsa dikatakan sedang tidur di kaki lima perumahan berkenaan sebelum didatangi oleh tiga lelaki menaiki Proton Iswara Aeroback.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek kemudiannya bertindak membelasah mangsa menggunakan kayu dan kerusi sebelum mengacukan sebilah parang panjang kepada mangsa.
"Mangsa yang cedera di kedua tangan dan koyak telinga kiri kemudiannya di samun dan suspek melarikan telefon bimbit dan kad pengenalan milik mangsa serta wang tunai sebanyak RM50.
"Mangsa kemudiannya datang ke balai polis Jinjang untuk membuat laporan polis sebelum rebah dan meninggal dunia di atas jalan berhampiran kondominium Casa Idaman,"katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan tiga lelaki berusia lingkungan 18 hingga 31 tahun dan kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
myMetro 24 Mei 2015
Betul ke lepas vaksin Covid 19, ramai dapat Anxiety ?
-
Teringat kenangan PKP... selepas ambil vaksin pertama , ramai pakat pakat
singgah ke Aeon , beli air kopi viral ! Maklumlah , dapat keluar rumah masa
tu...
3 days ago
0 comments:
Post a Comment