April 24, 2015

Warga emas maut, motosikal terbabas

Umar meninggal dunia selepas terbabit kemalangan. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal Yamaha 135LC ditunggangnya terbabas di Jalan Abdul Jalil, di sini, 1.30 pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Umar Ibrahim, 70, terbabas selepas melalui satu selekoh di situ sebelum terhumban ke dalam longkang.

Mangsa dihantar ke Hospital Dungun oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.

Sebelum kemalangan, mangsa yang tinggal di Kampung Padang Jambu, di sini, dalam perjalanan ke kedai makan di Kuala Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

myMetro 24 Apr 2015


0 comments:

Post a Comment