April 20, 2015

Warga emas maut halang perompak

Petaling Jaya: Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun maut selepas dipukul ketika bergelut dengan seorang penjenayah yang cuba memecah masuk rumahnya di Jalan SS17/48 di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, mangsa yang tinggal di sebuah banglo terlihat suspek cuba memanjat pagar sebuah rumah teres miliknya yang terletak berhampiran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa kemudian cuba menghalang suspek menyebabkan berlaku pergelutan.

Menurutnya, suspek kemudian menolak mangsa sehingga terjatuh di luar rumah teres itu sebelum melarikan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis kini sedang memburu suspek bagi membantu siasatan.

“Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan mangsa mempunyai masalah jantung dan polis masih menunggu laporan bedah siasat.

myMetro 8 Apr 2015

0 comments:

Post a Comment