April 20, 2015

‘Saya sempat lihat bayi didukung’

Kajang: “Saya sempat lihat bayi lelaki itu didukung dalam keadaan darah keluar daripada hidungnya. Seorang lagi mangsa hanya terbaring kesakitan,” kata saksi kejadian bayi berusia empat bulan meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat dua pangsapuri Bandar Teknologi Kajang di sini, kelmarin.

Dia yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang dari kedai berhampiran rumahnya di pangsapurinya yang sama.

“Saya ternampak ibu mangsa mengangkat bayi itu dalam keadaan cemas. Dia kemudian meminta pertolongan jiran di tingkat bawah pangsapuri untuk membantu anak perempuannya.

“Saya lihat budak perempuan itu terbaring dan tidak dapat bergerak berikutan mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan tulang belakang,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa ke klinik berhampiran sebelum kes berkenaan dirujuk ke Hospital Kajang.

“Ketika kejadian kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana keluar bekerja. Saya benar-benar simpati dengan nasib mangsa,” katanya yang tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku kerana difahamkan tingkap rumah berkenaan tertutup sebelum kejadian.

myMetro 4 Apr 2015

0 comments:

Post a Comment