April 19, 2015

Pilu di kaki Gunung Angsi

Anggota JPAM mengusung jenazah Noor Azmi yang maut ketika mendaki gunung.

Kuala Pilah: Suasana pilu menyelubungi kaki Gunung Angsi di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, di sini, sebaik jenazah seorang pendaki yang meninggal dunia ketika mendaki gunung berkenaan dibawa turun pasukan bomba dengan diiringi isteri dan dua rakan sekerjanya.

Difahamkan, tujuh anak mangsa berusia antara tujuh hingga 19 tahun berada di kaki gunung pada jam 3 petang, semalam, sebaik dibawa bapa saudara mereka selepas menerima berita kematian itu.

Mangsa, Noor Azmi Idris, 49, yang bekerja sebagai pereka grafik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Selangor, mendaki gunung berkenaan bersama isteri, Aziah Musa, 44, dan dua rakan sekerja mereka pada jam 7 pagi.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan secara tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 11.30 pagi.

Anak sulung mangsa, Fathullah Azim Noor Azmi, 19, berkata, dia menerima panggilan mengenai kematian bapanya daripada ibu pada jam 11.40 pagi sebelum dia bersama enam adiknya dibawa bapa saudara ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul.

myMetro 30 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment