April 19, 2015

Kasih ibu angkat

SITI (kiri) dan Rosni yang juga penghidap sindrom Down di rumah mereka di Taman Harapan, Nibong Tebal.

Nibong Tebal: Usianya sudah lebih separuh abad, namun Siti Puteh, 79, yang terpaksa bergantung kepada troli untuk bergerak terus tabah melayan kerenah anak angkatnya yang juga penghidap sindrom Down dan masih mahu dilayan seumpama bayi.

Anak angkat warga emas itu, Rosni Said, 29, perlu mendapat perhatian dan dibantu dalam urusan sehariannya berikutan tidak boleh bergerak dan hanya boleh mengengsotkan badan kesan daripada penyakit dihidapinya itu.

Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Wa berkata, dia dan arwah suaminya bersetuju mengambil Rosni sebagai anak angkat berikutan merasa sunyi kerana tidak dikurniakan cahaya mata selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.

“Rosni diserahkan keluarga asalnya kepada kami ketika usianya baru 20 hari, ketika itu saya dan suami berasa amat gembira kerana mempunyai anak sendiri walaupun bukan anak kandung.

“Ketika bayi Rosni kelihatan normal dan kami hanya mengetahui dia sebenarnya menghidap sindrom Down selepas usianya mencecah 12 tahun apabila mula menunjukkan tanda menghidap sindrom itu,” katanya.

myMetro 30 Mac 2015


0 comments:

Post a Comment