April 22, 2015

Anak maut, ayah cedera

FOTO ihsan pembaca

Gua Musang: Pemandu lori berusia 37 tahun maut manakala kelindannya cedera dalam kemalangan di Kampung Kuala Betis, Gua Musang, 4.30 petang tadi.

Mangsa, Mohd Tarmizi Mohd Naim, 37, bersama ayahnya, Mohd Naim Mat Zain, 58, yang juga kelindan lori dalam perjalanan dari Kuala Betis ke Gua Musang untuk menghantar kayu balak.

Ketua Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim, berkata ketika sampai di lokasi kejadian lori dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum masuk ke dalam sungai.

Katanya, mangsa tersepit di ruang tengah lori dan maut di lokasi kejadian.

“Ayah mangsa pula yang cedera dan sempat diselamatkan orang ramai.

“Sebaik mendapat panggilan, bomba ke tempat kejadian dan mengambil 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Jasad dan lelaki yang cedera itu dihantar ke Hospital Gua Musang,” katanya.

myMetro 21 Apr 2015


Pemandu sempat terjun tingkap

Keadaan lori treler yang sarat membawa muatan kayu balak terhumban ke dalam sungai di Kilometer 24, Jalan Kuala Betis, Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut manakala ba­panya cedera selepas lori treler membawa muatan kayu balak yang mereka naiki terbabas ke dalam sungai di Kilometer 24, Jalan Kuala Betis di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa, Mohd. Tarmizi Mohamad Na’aim, 35, dan bapanya, Mohamad Na’aim Mat Zin, 58, dalam perjalanan dari Pos Tohoi menuju ke bandar Gua Musang.

Jarak antara tempat keja­dian dengan bandar Gua Musang kira-kira 29 kilometer. Kedua-dua mangsa tinggal di Kampung Tanah Putih di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, lori yang dipandu Moha­mad Na’aim dipercayai hilang kawalan sewaktu melintas jambatan kayu di situ lalu terbalik ke dalam sungai.

Kosmo 23 Apr 2015

0 comments:

Post a Comment