April 19, 2015

Ajal kembar dalam kandungan

ORANG ramai membantu bawa keluar mangsa di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca

Johor Bahru: Seorang wanita kehilangan bayi dalam kandungannya yang berusia lapan bulan dipercayai kembar selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Bukit Indah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, V Kayalvily, 29, dilaporkan cedera dalam kemalangan itu bersama seorang lagi anak perempuannya berusia lima tahun.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kereta Toyota Vios yang mendakwa hendak mengelak seekor anjing masuk ke laluan kanan lalu bertembung dengan Perodua Kancil yang dipandu mangsa.

"Mangsa dan anak perempuannya masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah, manakala bayi dalam kandungan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 29 Mac 2015


0 comments:

Post a Comment