March 28, 2015

Peniaga kedai makan maut kemalangan

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas dua kereta bertembung di Kilometer 1, Jalan Tapah-Changkat Petai, semalam.

TAPAH - Seorang peniaga kedai makan maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan kereta Proton Waja di Kilometer 1 Jalan Tapah-Changkat Petai, di sini jam 1 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Firdaus Ali, 30, berasal dari Padang Serai, Kedah.

Menurutnya, seorang lagi pemandu, Mohamad Yusni Mohamad, 41, yang berasal dari Kampung Mak Teh, Tapah Road cedera di kepala dan patah paha kiri.

“Ketika kejadian,  Mohamad Yusni dalam perjalanan dari arah Tapah menuju ke Tapah Road, manakala Firdaus dari arah Tapah Road ke Pekan Tapah.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Firdaus hilang kawalan ketika melalui jalan selekoh dan bertembung dengan kereta yang dipandu Mohamad Yusni ,” katanya.

Som Sak berkata, akibat kemalangan berkenaan, mangsa maut di tempat kejadian manakala Mohamad Yusni cedera parah dan dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

“Kami masih menyiasat kejadian kemalangan ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada jam 1 petang danbergegas ke tempat kejadian.

"Ketika jentera tiba di tempat kejadian, salah seorang mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan seorang lagi mangsa dikeluarkan anggota bomba yang diketuai Rosli Mohamed.

"Operasi tamat pada jam 1.20 petang tadi (semalam),” katanya.

Sinar Harian 27 Mac 2015


Maut dua kereta bertembung

KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. Mangsa (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan Bomba

Tapah : Lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta lain dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Tapah-Changkat Petai, berdekatan rumah rehat di sini, 1 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dan dikenali sebagai Firdaus Ali, 29, difahamkan dalam perjalanan dari Jalan Tapah menuju ke pekan Tapah apabila kenderaan yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lagi kereta dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Sin Keliaw berkata, kemalangan membabitkan kereta Proton Wira yang bertembung dengan kereta Proton Waja.

"Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan selekoh meyebabkannya terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu kedua-dua kereta terhenti di kiri jalan di lereng bukit dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, seorang lagi pemandu kereta yang terbabit mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Tapah bagi menerima rawatan lanjut manakala mangsa maut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

myMetro 26 Mac 2015


0 comments:

Post a Comment