March 28, 2015

Penemuan kayu zaman Jurasik

ZAINOL menunjukkan fosil batang pokok (gambar kecil) berusia 280 juta tahun yang dijumpai di Semadong.

Padang Besar: Batang kayu dalam batu berusia 280 juta tahun menjadi penemuan bersejarah ahli palentologi dan geologi negara di Bukit Chondong, Beseri, di sini, kerana disahkan kewujudannya dipercayai sebelum zaman Jurasik.

Penemuan bernilai itu dibuat berdasarkan usaha penyelidikan sejak dua tahun lalu itu oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sebelum mengesahkan kayu yang ditemui di dalam batu berkenaan berasal dari zaman Permian era Palaeozoik.

Pengarahnya Zainol Husin berkata, fosil batang pokok berkenaan dianggarkan berusia sebelum zaman Jurasik di mana pada era berkenaan jumlah hutan begitu banyak dan hidupan marin tanpa tulang belakang pupus.

Katanya, ia terawet ketika pemendapan batu dan pasir pada penghujung era berkenaan.

“Penyelidikan lanjut mengenai batang itu oleh pasukannya mempercayai bahawa ia dipelihara semasa pemendapan pasir dan batu ketika hujung zaman berkenaan.

myMetro 28 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment